Monday 17 November 2014

[VIDEO] IKAN SEBARAU SAMBAR TANGAN TUAN - 18 NOV 2014


Ikan Sebarau nama yang tak asing lagi dikalangan kaki-kaki pancing ikan sungai mahupun tasik. Sebarau terkenal dengan sifat menangkap dan mempunyai ciri-ciri ikan pemangsa yang hebat selain dari warna dan sisiknya yang cantik.. Ini serba sedikit cerita tentang Sebarau yang menjadi antara ikan 'Favorite' kepada kaki pancing.



Tapi saya bukan nak cerita tentang pancing Sebarau, yang nak diceritakan adalah sifat semulajadi ikan air tawar ini walaupun tinggal di dalam akuarium. Makanan kegemarannya adalah ikan kecil hidup dan sekali-sekala makan palet jika terlalu lapar.


Dah jadi rutin harian saya bila sampai rumah, akuarium antara yang awal dihadap selepas anak dan isteri. Rasa tenang bila tengok ikan-ikan ni lupalah kejap penat dan letih menghadap jalan jamm..

Jom layan VIDEO gelagat Sebarau menyambar tangan tuan dia. Dah lapar sangat lah tu :)



--------------
Juga menarik: