Monday 17 November 2014

[VIDEO] IKAN SEBARAU SAMBAR TANGAN TUAN - 18 NOV 2014


Ikan Sebarau nama yang tak asing lagi dikalangan kaki-kaki pancing ikan sungai mahupun tasik. Sebarau terkenal dengan sifat menangkap dan mempunyai ciri-ciri ikan pemangsa yang hebat selain dari warna dan sisiknya yang cantik.. Ini serba sedikit cerita tentang Sebarau yang menjadi antara ikan 'Favorite' kepada kaki pancing.



Tapi saya bukan nak cerita tentang pancing Sebarau, yang nak diceritakan adalah sifat semulajadi ikan air tawar ini walaupun tinggal di dalam akuarium. Makanan kegemarannya adalah ikan kecil hidup dan sekali-sekala makan palet jika terlalu lapar.


Dah jadi rutin harian saya bila sampai rumah, akuarium antara yang awal dihadap selepas anak dan isteri. Rasa tenang bila tengok ikan-ikan ni lupalah kejap penat dan letih menghadap jalan jamm..

Jom layan VIDEO gelagat Sebarau menyambar tangan tuan dia. Dah lapar sangat lah tu :)



--------------
Juga menarik:




Saturday 8 November 2014

Ikan Kelah Merah, Sebarau, Jelawat, Krai Emas (Akuarium Ikan Sungai) - 9 November 2014 [25 GAMBAR]

 Bersambung dari Misi Mencari Kelah (KLIK) dua minggu lepas. Masa tu tank belum cukup lengkap lagi, sebab ada beberapa jenis ikan sungai yang tak dimasukkan.

Semalam 8 Nov lagi sekali ke Jalan Pasar Pudu, kali ni target awal nak sambar Jelawat sebenarnya.
Tiba-tiba tergoda pulak dengan Sebarau size lebih kurang 4inci. Sambarlah sepasang.

Lepas Sebarau beli 3 lagi jenis ikan dekat orang yang jual atas meja tu. Kali ni sambar Jelawat, Krai Emas dengan Lampam Emas.

Sebelum ni tank dah diisi dengan Kelah Merah, Bala Shark, dan Lampam Merah. Nampaknya tank 2 kaki dah jadi makin padat, tapi yang paling penting puas hati. Sedap mata memandang bila tengok gelagat ikan-ikan sungai ni. Lepas ni apa pulak? Beli tank baru yang lagi besar? Hehehe.






 Sebarau ni awal-awal dia dah sambar ikan kecil yang dah sedia ada dalam tank.



 Krai Emas, kecantikan dan cara renangan tersendiri. Asyikk....

 Aksi Kelah Merah menguap. Hehe










 4 Ekor Jelawat, yang kecil tu bakal jadi makanan sang Sebarau...




 Lampam Emas si mata merah...



Layan gelagat Kelah Merah makan palet...