Sunday 26 October 2014

Misi Mencari Kelah Di Pasar Jalan Pudu - 26 Oktober 2014



Misi mencari Kelah untuk melengkapkan aquarium bertemakan ikan sungai yang baru dibeli minggu lepas. Masa tu dalam tank baru ada sepasang ikan Lampam merah dan beberapa ekor Lampam biasa yang orang biasa beli untuk buat umpan tu. Ok lah masa tu just nak memenuhkan tank je buat sementara.

SEBELUM
Sebab target sebenarnya nak penuhkan tank dengan ikan-ikan sungai macam Kelah,Sebarau,Jelawat,Lampam Emas bla bla bla..

Lepas dapat info dari Pakcik, terus decide untuk cari dekat Pasar Jalan Pudu.
Dan Pakcik nasihatkan kalau nak beli ikan dekat situ baik datang pagi-pagi.
So angkutlah wife dan anak-anak pergi sekali, kebetulan budak-budak ni pun punya minat yang sama 'gilakan ikan'




Sampai-sampai je terus jumpa Kelah merah dekat kedai pertama di belah depan, harga RM12 sekor. Memang rasa murah lah kalau nak banding dengan kedai akuarium dekat dengan rumah dia jual Kelah biru size lebih kurang 4inci pun dah RM25 sekor.

Takde cite banyak terus sambar, mula-mula ambil sekor yang display atas meja tu. Lepas tu sambar lagi 3 ekor yang dia letak dekat dalam. Itu pun puas gak pilih sebab tak semuanya cantik 'cutting' badan dia..

Batu,kayu dan pokok plastik pun beli dekat situ jugak.. Bila dah masukkan semua barulah semenggah sikit tank aku ni. Nampaklah macam suasana 'Nature' tu.. Tenang je bila dok mengadap tengok ikan-ikan ni.. Rasa macam kita pulak berenang sama dengan dia..

Ni pun rasa belum cukup lengkap lagi, mungkin next time akan kesana lagi untuk beli Jelawat dan Lampam sungai pulak untuk gantikan lampam biasa yang ada ni... Bersambung... :)

SELEPAS